top of page
WhatsApp Image 2023-11-20 at 12.03.12_0b0d6a03.jpg

POLITEKNIK NILAI TOWARDS GREEN CAMPUS 

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) MENANAM POKOK DI TAPAK EDU GARDEN@PNS

CSR ini telah diadakan sempena World Clean and Green Week 2022. Tanggungjawab Sosial Korporat ini melibatkan pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar, pensyarah dan pekerja pembersihan/landskap. Aktiviti seperti ini dapat mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar demi menjaga kelestarian bumi.

312797326_504852221688332_3398135348508274852_n.jpg

8 JUN 2023 | INTERNATIONAL CONFERENCE ON GREEN SUSTAINABLE TECHNOLOGY AND MANAGEMENT (ICGSTM2023)

International Conference on Green Sustainable Technology and Management (ICGSTM2023) telah berlangsung secara online. Program yang bertemakan "Scientific and Social Business Development Towards Green Sustainability” ini telah dianjurkan bersama oleh INTI International University dan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

YBrs. Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti adalah antara jemputan khas sebagai keynote pada persidangan tersebut dengan pembentangan bertajuk "Enhancing PolyCC, Towards Sustainability".

347428080_649824337191119_9090592973291097565_n.jpg

Ceramah bertajuk "Bumi Ini Milik Kita"

Sempena dengan program Kesedaran Kelestarian dan Amalan Gaya Hidup Hijau, satu ceramah bertajuk "Bumi Ini Milik Kita" akan diadakan pada ketetapan berikut.

Tarikh: 1 November 2023

Hari : Rabu

Masa : 11.00 a.m - 12.00 p.m

Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU)

Program ini di bawah anjuran DBS3 Jabatan Perdagangan, berbesar hati menjemput semua untuk hadir sama.

*SAYANGI BUMI KITA*

*HARGAI SEBELUM TERLAMBAT*

395609859_733386162168269_6033907038651289700_n.jpg

PROGRAM WORLD CLEAN UP DAY DAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Seramai 35 orang pelajar daripada Kelab Mesra Alam Politeknik Nilai diiringi pensyarah kelab Puan Rosmawati binti Razak telah menyertai Program World Clean Up Day dan Hari Ozon Sedunia peringkat Negeri Sembilan bertempat di Pantai Saujana, Port Dickson. Program dimulakan dengan taklimat ringkas pembersihan pantai, senaman ringkas, aktiviti pembersihan seterusnya timbang dan pengasingan sisa pantai. Pelajar juga dapat melihat demonstrasi kitar semula bahan sisa pantai yang dilakukan oleh Great Eastern melalui alat inovasi yang telah direka cipta.

Program ini telah dianjurkan oleh SMW Environment Sdn Bhd, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan Great Eastern di bawah seliaan Unit Teknologi Hijau (UTH) dan Unit Sukan dan Kokurikulum, JSKK Politeknik Nilai. Semoga program seperti ini dapat meningkatkan amalan dan kesedaran masyarakat khususnya pelajar-pelajar berkaitan kepentingan memelihara alam sekitar

384995296_715300563976829_7816332533139835822_n.jpg

PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega melalui Persatuan Bekas Mahasiswa (Alumni) Politeknik Nilai telah mengadakan Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Selangor tahun 2023 bertempat di Hutan Simpan Kekal Air Terjun Sungai Pisang, Gombak, Selangor. Program Eksplorasi Alam Peringkat Kebangsaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang alam semulajadi dan memberi pengetahuan asas sukan rekreasi. Seramai 2 orang pensyarah dan 5 orang pelajar telah menyertai program tersebut.

380787817_710135321160020_583843871077715694_n.jpg

PNS TANPA PLASTIK SEKALI GUNA

Politeknik Nilai sedang dalam usaha ke arah menjadikan PNS sebagai sebuah Kampus Hijau. Sehubungan itu, kempen PNS Tanpa Plastik Sekali Guna tetap sentiasa berjalan sepanjang masa.

Warga PNS diseru untuk menggunakan bekas makanan dan botol air guna semula jika mahu membungkus makanan di kafetaria.

RM1 akan dikenakan bagi setiap bekas plastik sekali guna yang digunakan bagi membungkus makanan di kafetaria. Caj dikenakan bagi menggalakkan warga Politeknik Nilai membungkus makanan/minuman menggunakan bekas makanan/botol air guna semula. Warga Politeknik Nilai juga boleh memilih untuk makan/minum di kafetaria menggunakan pinggan/cawan yang disediakan.

Jadilah seorang yang bijak dalam memelihara bumi kita!!

373306018_697831815723704_4454733265821802249_n.jpg

PROGRAM KECERIAAN DAN LANDSKAP

Inisiatif untuk menceriakan Landskap Jabatan Pengajian Am (JPA) melalui projek gotong royong merupakan salah satu usaha berterusan warga JPA Politeknik Nilai untuk mengekalkan kecantikan panorama di ruang foyer JPA di samping memberi keselesaan persekitaran kepada warga JPA khususnya. Selain mengukuhkan ikatan silaturrahim, program ini juga dijalankan bagi memupuk sikap bertanggungjawab dan sokongan terhadap Program 'PNS ke arah Kampus Hijau' yang membudayakan kecintaan terhadap persekitaran. Program gotong royong ini melibatkan staf JPA. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah menanam pokok, membaja dan menyiram tumbuhan hiasan.

364155651_685857736921112_8043962864739255727_n.jpg

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Program Khidmat Masyarakat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama pelajar Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) untuk menanam pokok dan membangunkan hub pembelajaran (Edu Garden) ke arah Pensijilan Ranking UI Green Matric 2023. Program ini diadakan seiring dengan hasrat Politeknik Nilai dalam membangunkan kampus hijau di samping memupuk sifat keperihatinan pelajar-pelajar terhadap alam sekitar.

366512370_685026160337603_3095980747155330285_n.jpg
bottom of page